klik!!!

Thursday, April 4, 2013

singgah-singgah blog 4~

kisah cimot-cerita ceriti si cimot

terima kasih buat cimot yang cak ba kat shoutbox oyye,,,
oyye sebenarnya nak highlight sikit pasal blog cimot nie,,,
kenapa???
sebab blog cimot best!!!!

kisah oyye malam nie#
malam nie oyye rasa sedih sangat!!!
kerana jadi pelajar yang sentiasa tension,,,
yang sentiasa menghadapi masalah pengurusan masa,,,
bebanan kerja,
oyye pening, oyye peningX2,
terkenang pula pamili dikampung,
rindu+++sedih pun ada,,,
nasib baik ada kakak yang boleh ajak chat,,,
terubat sikit kesedihan dihati,,
teringat pula pasal blog,,
buka blog 1st things yang oyye tengok adalah shout box,,,
terkena pula blog si cimot,,,
apa lagi jalan sanalah,,,

apa yang menarik???
blog cimot buat oyye feel gembira semacam,,,
macam diari cimot,,
thank share dekat oyye,,
suka sangat membaca post2 yang ada,,
alangkah gembiranya cimot dengan keluarganya,
ada kucing lagi,,,sukax2...
xkisah la org nak anggap kita apa???
yang penting kita gembira kan cimot????
terima kasih cimot!!!
buat oyye rasa bersemangat balik!!!!

*kawan-kawan jom serbu blog cimot=>>>>cerita ceriti si cimot


Monday, April 1, 2013

Trip CH& BOH!!!



Salam semua....

oyye bersama housemate u39.

lama tidak mengupdate entry baru untuk dikongsi,
terkenang post yang lepas mengenai Teh Boh,
sebenarnya...
secara kebetulan oyye turut melapangkan masa bercuti di Cameron kira-kira 3minggu yang lepas.
selepas menulis kisah semanis teh boh!!!

sempat oyye menjengah ladang teh Boh,
sungguh!!! 
dalam kesegaran yang amat,,
macam rasa dekat dalam air teh boh plak!!!
blup blup blup...

dekat ladang itu, turut menempatkan cafe,
kilang memproses teh,
oyye turut berkesempatan melihat teknologi/mesin/peralatan,
yang digunakan dalam memproses teh.

antara tempat yang dikunjungi...
-Lata Iskandar-Tanah rata-Desa athrium-Pasar Brinchang-Ladang Teh Boh-Bharat Tea


lebih lanjut boleh lawati ke akaun instagram oyye...


Saturday, March 2, 2013

semanis teh BOHku*


hari ini kau datang,
dengan haruman teh bercapkan BOH,

kaulah si penggemar teh,
tanpanya kau pasti kosong,
tanpanya harimu tidak lengkap,
seperti kebiasaan.

hidupmu sebati dengannya,
walau mana kau berada, dia segalanya,
teh BOH si pencipta rasa,
seindah dan sewarna rasa,
rasa yang kau gemarkan,
sempurnakan harimu dengan BOHku,
demi sebuah harapan dan kenangan.

BOH yang melakar harimu,
kenangan itu,
hari itu, inilah harinya,
hari aku melakar kisah boh itu,
kisah yang pernah curahkan kasihmu,
kasihku keatas rasa itu.

walaupun cintaku tidak sesegar minumanmu,
tapi kasihku sesegar itu,
hanya itu yang aku mampu melafaskan kasihku,
kasihku dan BOH itu.

jika hari ini kaulah si penggemar teh BOH,
esok pula kaulah serpihannya,
*ingatlah aku dengan semanis minumanmu itu.

Sunday, February 24, 2013

imbasan persoalan*

sinar itu,
membalas terik dengan jemuran tilam yang usang,
sambil menyusun aturan,
gerimis mengundang jiwa yang ReTaK...

bagaikan pudar...
namun penuh dengan harapan yang lagi menceritakan dugaan,
mataku, matamu mengisi penceritaan,
masih lagikan persoalan,
yang hanya kita ketahui,
masa itu.

cukuplah sekadar renungan tanpa bicara,
kau dan aku sukar mengatakan,
biarkan ia berbalas perasaan,
yang kau perlu ketahui, sedari,
yang aku masih berharap memenuhi harapan.

*jika kau menyedari apa yang dirasakan sukar untuk perasaan...

Monday, February 18, 2013

dia teman, dia sahabat dunia &akhirat*

dia,
insan yang begitu teguh,
dengan pendiriannya.
walaupun sukar mengatakan.

saat itu,
mungkin aku juga tidak menyangka,
bahawa dia sudah pergi,
meninggalkan saki baki kehidupan ini.

dia,
masih lagi wujud dalam ingatan,
sudahpun bertahun pergi.

telatah dia,
menyinari hariku dan harimu,
tanpa kesunyian dan kesunggulan,
dan aku gembira dan hariku juga.

hari ini,
saat kelahirannya,
ku pasrah dengan pemergian seorang teman,
sahabat remajaku,
yang bersama-sama berjuang,
dalam dunia pendidikan.

tapi kini,
ku hilang sayap kananku,
tanpa dia...

dia teman, dia sahabat dunia &akhirat...

*jika dia ada hari ini merupakan hari ulangtahun yang ke-22...
sahabatku,, oyye berharap kita akan bersama-sama berjaya didunia &akhirat...semoga dia tenang disana, &dipermudahkan...insan ini yang sentiasa menyenangkan hati rakan-rakan...semoga Allah merahmati kebaikannya,,,amin....

Saturday, February 16, 2013

Rasa*


saat itu aku terpanggil,
mengamati rasa itu,
bukan dilidah untuk dirasa,
bukan ditangan untuk disentuh,
tapi di hati.

datangnya rasa,
sejenak rasa-rasa itu.

sunyi mengembalikan rasa itu,
sehingga membawa rasa untuk diungkap,
sebutan berbalas-balas rasa,
rasakan jiwa sukar dikata.

rasa itu membelenggu sehingga difikiran,
yang lalu rasa itu mengusarkan,
jika rasa tiada kesudahan.

*yang kau lalui itukah yang kau rasakan???


Thursday, February 14, 2013

iso opo ora aku nie!!!

26 jan 13

versi bahasa Jawa:
aku blajo ngomong jowo karo embahku,
banyak aku kelalen,
embah asik ketawokan aku sisan,
sopo yang ngerti aku jalok ngajarin,
opo ngerti opo ora,
iso opo ora aku yo!!!

diterjemah dalam bahasa Melayu:
aku belajar cakap jawa dengan nenekku,
banyak yang aku lupa,
nenekku asyik ketawakan aku sahaja,
siapa yang tahu (bahasa jawa) aku minta diajarkan,
apa reti atau tidak,
boleh ke aku nie ya!!!

*sekitar cuti perantaraan semester.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang~